setelah lama aku melayan perasaan yang tak ku tahu apa penghujungnya, tuhan memberikan aku satu kefahaman bahawa tidak akan ade cinta yang sejati dalam diri manusia yang hadir sebelum hadirnya ciinta tuhan dalam diri... ingin aku menginsafi diri yang terlalu hina kerana mendengar bisikan syaitan...
kini, tinggal aku berseorangan dalam menempuhi kehidupan yang mendatang... andai dapat kuundurkan masa, pasti akan aku kembali mencari cinta hakiki dari Rabbi... berfikir sejenak, teringat kata-kata ''biar kita dibenci manusia, jgn kita dibenci tuhan... carilah cinta tuhan yang hakiki, pasti kamu akan bahagia didalamnya ''...
kini, aku ingin membetulkan diriku yang hina ini... ingin ku kembali padaNya dan memohon cintaNya... apapun yang terjadi, aku akan tetap berusaha untuk mendapat cinta tuhan... cinta yang hakiki, yang tiada ganti...
kepada insan yang aku sayangi, izinkan aku membetulkan diriku terlebih dahulu... berilah aku semangat untuk terus mendapatkan cinta tuhan... izinkan aku membetulkan diriku dahulu kerana aku tahu, tak mungkin tulangku yang bengkok dapat meluruskan tulangmu yang bengkok ...
andai kata, diakhirnya kita tetap ditakdirkan untuk bersama, aku bersyukur pada tuhan... tetapi andai kita tak ditakdirkan bersama, aku redha dan berserah pada tuhan... semoga sama2 kita berusaha untuk mendapatkan cintaNya terlebih dahulu....
No comments:
Post a Comment