Saturday, November 19, 2011

malu tanpaMu...

aku malu pada diriku sendiri... aku malu pada tuhanku... aku malu kerana aku menangis menitiskan airmataku jatuh kebumi kerana dunia... dunia yang penuh tipu daya... selama ini aku hidup dalam tipudaya dunia sementara ini...

ak menangis kerana dunia dan wanita yg menjadi perhiasan dunia... sebagai seorang lelaki, ak inginkan kasih sayang, perhatian, cinta dari seorang wanita... aku hanya mengikut n mendengar bisikan nafsuku yang hanya telah terpedaya kpd dunia dan segala isinya...

selama ini, aku tertipu dan tewas dengan nafsu duniaku... sehinggakan aku lupa untuk mencintai penciptaku sendiri... walaupun selama nie aku telah tersedar dimana silapku sehinggakan diriku rasa sunyi... namun selama ini ak masih membiarkan diriku dikuasai nafsu dunia dan isinya...

namun aku bersyukur kerana kasih sayang tuhan masih besar untuk diriku... disaat aku lemah menitiskan airmata, Engkau datang memberikan ku semangat untuk bangun semula... disaat aku inginkan peneman, Engkau datang disisi untuk menemani aku...

aku menjadi malu pada diriku... kerana aku tidak sehebat pemuda islam dahulu... pemuda islam dahulu begitu kuat dan gagah hingga dapat menakluk dunia... tetapi aku pemuda lemah yg hanya tewas dgn dunia dan perhiasannya... aku bernekad mulai hari ini, aku ingin mengejar cinta Ilahi,,, cinta yang hakiki tiada penghujungnya...

Ya ALLAH, Kau berikanlah aku cintaMu... ap yang ak inginkan hanyalah cinta dariMu... biarkan ak jatuh cinta padaMu... Kau pimpinlah hatiku kepada CintaMu... Kau buangkanlah cinta dunia dari hatiku... Kau jadikanlah aku pemuda yang gagah seperti pemuda islam dahulu... yang berjaya menebarkan islam kemerata muka dunia... Kau jadikanlah aku sebagai tenteraMu, yang berjuang menyebarkan agamaMu...

Ya ALLAH, Kau ampunkanlah segala dosaku... Kau kuatkanlah diriku untuk terus berada diatas jalanMu... Kau ampunkanlah diriku yang hina ini, hamba yang selalu membuat kemungkaran lepadaMu... aku tak ingin lagi meminta semangat dari makhluk lain, aku inginkan semangat dariMu Ya ALLAH... semangat untuk bangun mengejar cintaMu, semangat untuk menjadi hambamu yang bertaqwa, beriman kepadaMu... semangat untuk mendapatkan redhaMu didalam kehidupan ku...

Kau berikanlah aku cahaya hidayahMu... Kau berikan aku petunjukMu... jika Kau boleh menumbuk hidayah kehati saidina Umar serta merta, maka aku minta untuk Kau tumbuk hidayahMu kedalam hatiku serta merta... Ya ALLAH, aku tak ingin lagi hidup dalam kesalahan kepadaMu, ak tak ingin lagi mengingkari perintahmu, Kau jadikanlah aku pemuda islam yang dapat memberi manfaat kepada agamaMu, Kau jadikanlah aku seorang daripada pewaris nabiMu...

Kau ampunkanlah segala dosaku, dan segala dosa kedua ibubapaku...Kau berikan aku cintaMu... Kau berikan aku petunjukMu...Kau tabahkanlah hatiku didalam landasan agama dan keredhaanMu... aku bermohon kepadaMu Ya ALLAH, kerana aku tahu bahawa Kau adalah tempat untuk disembah dan meminta pertolongan... aku juga tahu Kau suka pada hambaMu yang yakin pada kekuasaanMu... aku yakin dengan bisikan hatiku ini, kau mampu mendengar dan membantu hambuMu yang lemah tak berdaya berseorangan ini...

Ameen Ya ALLAH... sesungguhnya Kau lah tmpt aku meminta pertolongan dan meluahkan perasaan... Kaulah yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui... bantulah aku yang lemah tidak berdaya, lemah dlam menuntu ilmuMu, lemah dalam menegakkan agamaMu... bantulah aku Ya ALLAH...

Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH, Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH... Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH...

Thursday, August 25, 2011

rabiatul adawiyah

salam... siapa rabiatul adawiyah??? beliau seorang wanita sufi yang menjaga hati dan cintanya hanya kepada ALLAH... aku memuji kefanakan cintanya kepada ALLAH... zaman sekarang, berapa ramai wanita sufi yg sepertinye???

aku mengimpikan seorang isteri yg sepertinya untuk menemani kehidupan ak, tidak bermakna aku seorang yang baik... aku banyak kelemahan dan dosa, ak hanya manusia biasa yg xlepas dari dosa dan noda... teta[i aku amat mengagumi wanita2 sufi pada hari ini...

yg dimaksudkan aku adalah wanita2 yang menjaga auratnya, menjaga batasan agamanya, menjaga cintanya kepada tuhan... entah kenapa ak senang melihat wanita yang sebegini... ingin aku berkenalan dengannya, tetapi aku malu dan takut... aku takut untuk menggangu wanita solehah sepertinya...

benarlah kata2 "menutup aurat dengan sempurna dapat menjauhkan kita dari godaan syaitan"... dengan pakaian mereka yg menutup aurat dgn sempurna, menjadikan aku khuatir untuk mendekati dan menyapa mereka... tapi, tiada penyesalan pon dalam hatiku ini...

biarkanlah mereka terus hidup dalam keadaan begitu, supaya mereka dapat menjadi rahim yang baik untuk melahirkan ramai pejuang islam dimasa akan datang... ap yg ak mampu adalah mendoakan mereka terus menjaga cinta kepada tuhan, dan semoga mereka menjadi srikandi2 sufi disyurga nanti...

ameen...

Saturday, August 13, 2011

kewajipan berdakwah

kewajipan berdakwah adalah kewajipan untuk semua orang, tanpa mengira umur, jantina, dan siapa dia... tuhan menciptakan manusia untuk beribadat ban menjadi khalifahdi bumi... dalam menjadi khalifah dibumi, kita kena tahu khalifah yg mcmane... khalifah yag dimaksudkan adalah dengan amar makfur nahi mungkar, suruh manusia buat kebaikan, dan cegah kemungkaran...

apabila manusia melakukan suruhan ini, maka percayalah bahawa dunia akan aman dan damai... tiada lagi pergolakan, permusuhan,masalah sosial, politik dan sebagainya... apabila manusia mencegah kemungkaran, maka tidak akan berlaku masalah sosial seperti hari ini... gejala zina, buang bayi, dan sebagainya... bukankah mencegah lebih baik dari mengubati...

ramai orang tahu pepatah 2 kan, tap xramai yg berfikir tentangnya... ALLAH dah menyebut lame tentang mencegah lebih baik dari mengubati, cume kita xtahu kerana kita tidak suka berfikir...suka aku nyatakan, bahawa kita semua adalah pendakwah dan harus menyebarkan dakwah walau ape sekalipun... pesan nabi "sampaikah daripadaku walaupun satu ayat"...

betapa lemahnya iman kita, satu ayat pun kita xmampu, kerana apa??? kerana kita merasakan bahawa kita tak kan dapat pape lau berdakwah or jadi pendakwah... tetapi kita silap... manusia harini suka join MLM, katenya senang dapat duit... tapi tahukah anda, dakwah juga merupakan MLM... malah dakwah adalah MLM yg paling lama kita akan dapat income darinya...

seorang ejen insuran akan dapat bayaran selama 6tahun atas satu kepala dia dapat joinkan, tapi dengan berdakwah, anda akan dapat ganjaran sampai hari anda dibangkitkan semula untuk berhimpun dimahsyar... bayangkan berapa lamenya ganjaran yang anda akan dapat dari berdakwah... maka marilah kita berdakwah...

nak berdakwah bukan susah pon kan, nak suruh org buat baik, xsusah pon...cume nak or xnak je... cube renungkan k... "adakah seorang doktor, bila balik rumah dia basuh kereta, dia dianggap sebagai pencuci kerete???" atau "seorang cikgu apabila balik rumah dia masak, dia akan dianggap sebagai chef???"... dia seorang doktor, apepn die buat, die tetap dipanggil doktor, die seorang cikgu, apepon die buat, die tetap seorang cikgu... 

beginilah sepatutnya kita lakukan... sebenarnya kita semua adalah dijadikan untuk beribadat dan menjadi pendakwah... jadikanlah dakwah sebagai kerja utama dalam kehidupan anda, dan anggap kerja dunia anda sebagai aktiviti mencuci kereta dan memasak tadi... kena ingat, kenapa kita dijadikan... kita semua dijadikan untuk berdakwah agar dapat menjadi khalifah yang dapat mentadbir dunia ini tanpa sebarang dosa dan noda... renung-renugkan...


Friday, July 29, 2011

wanita...

entah kenapa ak memg suka berbicara tentang wanita... mungkin sebab aku nie lelaki, so dats y ak berbicara tentang wanita... aku merasakan wanita adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia nie taw... orang yang hebat dalam dunie juga adalah wanita...

ramai pemimpin2 dunia yang hebat2, semuanya dilahirkan oleh wanita... so, secara automatiknya wanita lebih hebat kan... wanita juga memg paling beruntung dalam dunia... wanita hanya perlu duduk dirumah, tetapi mendapat ganjaran dengan mudah...

lelaki keluar pergi jihad dimedan perang, wanita hanya perlu menyokong n memberi sokongan dan jage rumah serta anak-anak je... tetapi, wanita mendapat ganjaran pahala... lelaki keluar bekerja mencari rezki, wanita hanya dirumah untuk memasak n melayang suami, mereka juga mendapat ganjaran pahala...

so, kesimpulannya wanita memg bertuah dan beruntung daripada lelaki kan... tetapi, wanita kena ingat, mereka hendaklah menjaga aurat, dan harta serta rumah tangga mereka dengan baik, kne menjaga hati suami dengan sebaiknya... wanita begitu dijaga oleh islam, islam telah membuka jalan untuk wanita beroleh pahala dengan mudah...

islam telah menjaga hak wanita sejak dari dahulu lagi... isteri yang memberi semangat kepada suami, menjadi pendorong suami, memberikan layanan yang baik kepada suami adalah wanita yang diangkat martabatnya jauh lebih tinggi dan mulia... sedarlah wahai wanita, kamu adalah golongan yang mulia, janganlah kamu merendahkan martabatmu sendiri dengan tertipu kepada dunia...jadilah wanita yang baik dan solehah...

wanita yang baik umpama sebutir mutiara yang jauh terbenam didasar lautan dimana sukar untuk untuk para lelaki menyelami hatinya... wanita yang baik juga adalah umpama buah diatas sebatang pohon yang tinggi, dimana sukar untuk lelaki memetiknya... namun, beringatlah wanita, apabila kamu berada diatas pohon yang tinggi, yang sukar untuk dipetik, jangnlah kamu merasa hina kerana tiada siapa yang dapat memetikmu, janganlah kamu merendahkan dirimu supaya mudah dipetik, kerana semakin sukar untuk dipetik, semakin mahal harga dirimu...

renug-renugkan wahai wanita...

Thursday, July 28, 2011

asam garam rumahtangga....

salam... masalah dan manusia memang tak dapat dipisahkan, btol x??? dalam dunia nie, sape je yang xde masalah??? semua orang ade masalahkan... tp kat sini, aku nak story sal masalah dalam rumahtangga je, walaupon aku xberumahtangga lagi...

kadang2 dalam rumahtangga memang selalu masalah melanda, kesilap fahaman, rasa cemburu, rasa rimas dengan sikap pasangan or anything else problem yang melanda r... dalam setiap masalah yang melanda nie, aku ade rasekan ade satu jalan yang paling baik untuk meredakan masalah itu...

perbincangan... bila setipa pasangan ade masalah, hendaklah berbincang sesama sendiri... dalam perbincangan tersebut hendaklah diketepikan segala rasa marah, emosi, benci, geram, menyampah n sebagainya rase yang ade dalam hati itu... supaya dalam perbincangan tersebut kita dapat berbincang dengan fikiran rasional dan tak buat keputusan terburu2...

apabila kita marah, geram, atau ade rase pape pada pasangan, sebaiknya hendaklah diberitahu kepada pasangan tersebut, dan pasangan juga perlu fikiran terbuka untuk mendengar luahan hati pasangannya... apabila sudah berbincang dan berdamai, mulakan hari yang baru dan buangkan episod sedih itu jauh dari pandangan mata hati anda... jangan diulang2 lagi masalah yang telah berlaku itu...

dengan cara demikian, insyaALLAH akan memberikan nafas baru dan keharmonian rumahtangga itu akan datang... disulami pula dengan doa kepada tuhan, insyaALLAH rumah tangga anda akan diberkati dan bahagia... tetapi ingat, mule2 sekali doa dan mintak petunjuk kehendak tuhan dahulu, then baru usaha n berdoa sebagai tawakal kepadaNYa...

selamat mencuba...

Saturday, June 25, 2011

aku...

wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... ia merupakan tulang yang bengkok... dijadikan wanita bukan dari kepala adam, maka wanita bukan untuk dijunjung...

tidak juga dijadikan dari kaki adam, maka wanita bukan untuk dipukul... tetapi wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... dekat dihati untuk wanita disayangi, dan dekat untuk wanita dilindungi...

wanita terhasil dari tulang yang bengkok untuk siluruskan oleh adam... tetapi, bagaimana tulang yang bengkok itu mampu diluruskan oleh adam jika adam sendiri tidak lurus...

aku meminta pada tuhan agar tunjukkan aku jalan yang lurus... aku meminta pada tuhan, sekiranya aku ditakdirkan bercinta dan mendirikan rumah tangga, jadikanlah aku pemimpin yang dapat memimpin keluargaku kejalan yang lurus... kejalan menghadap ilahi tanpa ada hijab dihadapannya...

sungguh aku akui,dalam dunia moden sekarang, sungguh susah untuk meluruskan wanita... maka, semoga aku berada dijalan yang lurus, dan dapat meluruskan orang lain juga... ameen...

bicara hatiku...

saat ini ak xtahu ape yg ingin ak luahkan, satu perasaan yang jauh dilubuk hatiku... ditakdirkan tuhan aku bertemu dengannya... bermulanya kami hanya senagai sahabat... lama2 kelamaan perasaan yang tidak pernah ku bayangkan wujud dalam hati ku... aku menyedari itu adalah bisikan nafsu dari syaitan dan bukan bisikan cinta dari Rabbi...

setelah lama aku melayan perasaan yang tak ku tahu apa penghujungnya, tuhan memberikan aku satu kefahaman bahawa tidak akan ade cinta yang sejati dalam diri manusia yang hadir sebelum hadirnya ciinta tuhan dalam diri... ingin aku menginsafi diri yang terlalu hina kerana mendengar bisikan syaitan...

kini, tinggal aku berseorangan dalam menempuhi kehidupan yang mendatang... andai dapat kuundurkan masa, pasti akan aku kembali mencari cinta hakiki dari Rabbi... berfikir sejenak, teringat kata-kata ''biar kita dibenci manusia, jgn kita dibenci tuhan... carilah cinta tuhan yang hakiki, pasti kamu akan bahagia didalamnya ''...

kini, aku ingin membetulkan diriku yang hina ini... ingin ku kembali padaNya dan memohon cintaNya... apapun yang terjadi, aku akan tetap berusaha untuk mendapat cinta tuhan... cinta yang hakiki, yang tiada ganti...

kepada insan yang aku sayangi, izinkan aku membetulkan diriku terlebih dahulu... berilah aku semangat untuk terus mendapatkan cinta tuhan... izinkan aku membetulkan diriku dahulu kerana aku tahu, tak mungkin tulangku yang bengkok dapat meluruskan tulangmu yang bengkok ...

andai kata, diakhirnya kita tetap ditakdirkan untuk bersama, aku bersyukur pada tuhan... tetapi andai kita tak ditakdirkan bersama, aku redha dan berserah pada tuhan... semoga sama2 kita berusaha untuk mendapatkan cintaNya terlebih dahulu....