Friday, July 29, 2011

wanita...

entah kenapa ak memg suka berbicara tentang wanita... mungkin sebab aku nie lelaki, so dats y ak berbicara tentang wanita... aku merasakan wanita adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia nie taw... orang yang hebat dalam dunie juga adalah wanita...

ramai pemimpin2 dunia yang hebat2, semuanya dilahirkan oleh wanita... so, secara automatiknya wanita lebih hebat kan... wanita juga memg paling beruntung dalam dunia... wanita hanya perlu duduk dirumah, tetapi mendapat ganjaran dengan mudah...

lelaki keluar pergi jihad dimedan perang, wanita hanya perlu menyokong n memberi sokongan dan jage rumah serta anak-anak je... tetapi, wanita mendapat ganjaran pahala... lelaki keluar bekerja mencari rezki, wanita hanya dirumah untuk memasak n melayang suami, mereka juga mendapat ganjaran pahala...

so, kesimpulannya wanita memg bertuah dan beruntung daripada lelaki kan... tetapi, wanita kena ingat, mereka hendaklah menjaga aurat, dan harta serta rumah tangga mereka dengan baik, kne menjaga hati suami dengan sebaiknya... wanita begitu dijaga oleh islam, islam telah membuka jalan untuk wanita beroleh pahala dengan mudah...

islam telah menjaga hak wanita sejak dari dahulu lagi... isteri yang memberi semangat kepada suami, menjadi pendorong suami, memberikan layanan yang baik kepada suami adalah wanita yang diangkat martabatnya jauh lebih tinggi dan mulia... sedarlah wahai wanita, kamu adalah golongan yang mulia, janganlah kamu merendahkan martabatmu sendiri dengan tertipu kepada dunia...jadilah wanita yang baik dan solehah...

wanita yang baik umpama sebutir mutiara yang jauh terbenam didasar lautan dimana sukar untuk untuk para lelaki menyelami hatinya... wanita yang baik juga adalah umpama buah diatas sebatang pohon yang tinggi, dimana sukar untuk lelaki memetiknya... namun, beringatlah wanita, apabila kamu berada diatas pohon yang tinggi, yang sukar untuk dipetik, jangnlah kamu merasa hina kerana tiada siapa yang dapat memetikmu, janganlah kamu merendahkan dirimu supaya mudah dipetik, kerana semakin sukar untuk dipetik, semakin mahal harga dirimu...

renug-renugkan wahai wanita...

No comments:

Post a Comment