Saturday, November 19, 2011

malu tanpaMu...

aku malu pada diriku sendiri... aku malu pada tuhanku... aku malu kerana aku menangis menitiskan airmataku jatuh kebumi kerana dunia... dunia yang penuh tipu daya... selama ini aku hidup dalam tipudaya dunia sementara ini...

ak menangis kerana dunia dan wanita yg menjadi perhiasan dunia... sebagai seorang lelaki, ak inginkan kasih sayang, perhatian, cinta dari seorang wanita... aku hanya mengikut n mendengar bisikan nafsuku yang hanya telah terpedaya kpd dunia dan segala isinya...

selama ini, aku tertipu dan tewas dengan nafsu duniaku... sehinggakan aku lupa untuk mencintai penciptaku sendiri... walaupun selama nie aku telah tersedar dimana silapku sehinggakan diriku rasa sunyi... namun selama ini ak masih membiarkan diriku dikuasai nafsu dunia dan isinya...

namun aku bersyukur kerana kasih sayang tuhan masih besar untuk diriku... disaat aku lemah menitiskan airmata, Engkau datang memberikan ku semangat untuk bangun semula... disaat aku inginkan peneman, Engkau datang disisi untuk menemani aku...

aku menjadi malu pada diriku... kerana aku tidak sehebat pemuda islam dahulu... pemuda islam dahulu begitu kuat dan gagah hingga dapat menakluk dunia... tetapi aku pemuda lemah yg hanya tewas dgn dunia dan perhiasannya... aku bernekad mulai hari ini, aku ingin mengejar cinta Ilahi,,, cinta yang hakiki tiada penghujungnya...

Ya ALLAH, Kau berikanlah aku cintaMu... ap yang ak inginkan hanyalah cinta dariMu... biarkan ak jatuh cinta padaMu... Kau pimpinlah hatiku kepada CintaMu... Kau buangkanlah cinta dunia dari hatiku... Kau jadikanlah aku pemuda yang gagah seperti pemuda islam dahulu... yang berjaya menebarkan islam kemerata muka dunia... Kau jadikanlah aku sebagai tenteraMu, yang berjuang menyebarkan agamaMu...

Ya ALLAH, Kau ampunkanlah segala dosaku... Kau kuatkanlah diriku untuk terus berada diatas jalanMu... Kau ampunkanlah diriku yang hina ini, hamba yang selalu membuat kemungkaran lepadaMu... aku tak ingin lagi meminta semangat dari makhluk lain, aku inginkan semangat dariMu Ya ALLAH... semangat untuk bangun mengejar cintaMu, semangat untuk menjadi hambamu yang bertaqwa, beriman kepadaMu... semangat untuk mendapatkan redhaMu didalam kehidupan ku...

Kau berikanlah aku cahaya hidayahMu... Kau berikan aku petunjukMu... jika Kau boleh menumbuk hidayah kehati saidina Umar serta merta, maka aku minta untuk Kau tumbuk hidayahMu kedalam hatiku serta merta... Ya ALLAH, aku tak ingin lagi hidup dalam kesalahan kepadaMu, ak tak ingin lagi mengingkari perintahmu, Kau jadikanlah aku pemuda islam yang dapat memberi manfaat kepada agamaMu, Kau jadikanlah aku seorang daripada pewaris nabiMu...

Kau ampunkanlah segala dosaku, dan segala dosa kedua ibubapaku...Kau berikan aku cintaMu... Kau berikan aku petunjukMu...Kau tabahkanlah hatiku didalam landasan agama dan keredhaanMu... aku bermohon kepadaMu Ya ALLAH, kerana aku tahu bahawa Kau adalah tempat untuk disembah dan meminta pertolongan... aku juga tahu Kau suka pada hambaMu yang yakin pada kekuasaanMu... aku yakin dengan bisikan hatiku ini, kau mampu mendengar dan membantu hambuMu yang lemah tak berdaya berseorangan ini...

Ameen Ya ALLAH... sesungguhnya Kau lah tmpt aku meminta pertolongan dan meluahkan perasaan... Kaulah yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui... bantulah aku yang lemah tidak berdaya, lemah dlam menuntu ilmuMu, lemah dalam menegakkan agamaMu... bantulah aku Ya ALLAH...

Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH, Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH... Allahumma inni as'aluka hubbuka Ya ALLAH...

Thursday, August 25, 2011

rabiatul adawiyah

salam... siapa rabiatul adawiyah??? beliau seorang wanita sufi yang menjaga hati dan cintanya hanya kepada ALLAH... aku memuji kefanakan cintanya kepada ALLAH... zaman sekarang, berapa ramai wanita sufi yg sepertinye???

aku mengimpikan seorang isteri yg sepertinya untuk menemani kehidupan ak, tidak bermakna aku seorang yang baik... aku banyak kelemahan dan dosa, ak hanya manusia biasa yg xlepas dari dosa dan noda... teta[i aku amat mengagumi wanita2 sufi pada hari ini...

yg dimaksudkan aku adalah wanita2 yang menjaga auratnya, menjaga batasan agamanya, menjaga cintanya kepada tuhan... entah kenapa ak senang melihat wanita yang sebegini... ingin aku berkenalan dengannya, tetapi aku malu dan takut... aku takut untuk menggangu wanita solehah sepertinya...

benarlah kata2 "menutup aurat dengan sempurna dapat menjauhkan kita dari godaan syaitan"... dengan pakaian mereka yg menutup aurat dgn sempurna, menjadikan aku khuatir untuk mendekati dan menyapa mereka... tapi, tiada penyesalan pon dalam hatiku ini...

biarkanlah mereka terus hidup dalam keadaan begitu, supaya mereka dapat menjadi rahim yang baik untuk melahirkan ramai pejuang islam dimasa akan datang... ap yg ak mampu adalah mendoakan mereka terus menjaga cinta kepada tuhan, dan semoga mereka menjadi srikandi2 sufi disyurga nanti...

ameen...

Saturday, August 13, 2011

kewajipan berdakwah

kewajipan berdakwah adalah kewajipan untuk semua orang, tanpa mengira umur, jantina, dan siapa dia... tuhan menciptakan manusia untuk beribadat ban menjadi khalifahdi bumi... dalam menjadi khalifah dibumi, kita kena tahu khalifah yg mcmane... khalifah yag dimaksudkan adalah dengan amar makfur nahi mungkar, suruh manusia buat kebaikan, dan cegah kemungkaran...

apabila manusia melakukan suruhan ini, maka percayalah bahawa dunia akan aman dan damai... tiada lagi pergolakan, permusuhan,masalah sosial, politik dan sebagainya... apabila manusia mencegah kemungkaran, maka tidak akan berlaku masalah sosial seperti hari ini... gejala zina, buang bayi, dan sebagainya... bukankah mencegah lebih baik dari mengubati...

ramai orang tahu pepatah 2 kan, tap xramai yg berfikir tentangnya... ALLAH dah menyebut lame tentang mencegah lebih baik dari mengubati, cume kita xtahu kerana kita tidak suka berfikir...suka aku nyatakan, bahawa kita semua adalah pendakwah dan harus menyebarkan dakwah walau ape sekalipun... pesan nabi "sampaikah daripadaku walaupun satu ayat"...

betapa lemahnya iman kita, satu ayat pun kita xmampu, kerana apa??? kerana kita merasakan bahawa kita tak kan dapat pape lau berdakwah or jadi pendakwah... tetapi kita silap... manusia harini suka join MLM, katenya senang dapat duit... tapi tahukah anda, dakwah juga merupakan MLM... malah dakwah adalah MLM yg paling lama kita akan dapat income darinya...

seorang ejen insuran akan dapat bayaran selama 6tahun atas satu kepala dia dapat joinkan, tapi dengan berdakwah, anda akan dapat ganjaran sampai hari anda dibangkitkan semula untuk berhimpun dimahsyar... bayangkan berapa lamenya ganjaran yang anda akan dapat dari berdakwah... maka marilah kita berdakwah...

nak berdakwah bukan susah pon kan, nak suruh org buat baik, xsusah pon...cume nak or xnak je... cube renungkan k... "adakah seorang doktor, bila balik rumah dia basuh kereta, dia dianggap sebagai pencuci kerete???" atau "seorang cikgu apabila balik rumah dia masak, dia akan dianggap sebagai chef???"... dia seorang doktor, apepn die buat, die tetap dipanggil doktor, die seorang cikgu, apepon die buat, die tetap seorang cikgu... 

beginilah sepatutnya kita lakukan... sebenarnya kita semua adalah dijadikan untuk beribadat dan menjadi pendakwah... jadikanlah dakwah sebagai kerja utama dalam kehidupan anda, dan anggap kerja dunia anda sebagai aktiviti mencuci kereta dan memasak tadi... kena ingat, kenapa kita dijadikan... kita semua dijadikan untuk berdakwah agar dapat menjadi khalifah yang dapat mentadbir dunia ini tanpa sebarang dosa dan noda... renung-renugkan...


Friday, July 29, 2011

wanita...

entah kenapa ak memg suka berbicara tentang wanita... mungkin sebab aku nie lelaki, so dats y ak berbicara tentang wanita... aku merasakan wanita adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia nie taw... orang yang hebat dalam dunie juga adalah wanita...

ramai pemimpin2 dunia yang hebat2, semuanya dilahirkan oleh wanita... so, secara automatiknya wanita lebih hebat kan... wanita juga memg paling beruntung dalam dunia... wanita hanya perlu duduk dirumah, tetapi mendapat ganjaran dengan mudah...

lelaki keluar pergi jihad dimedan perang, wanita hanya perlu menyokong n memberi sokongan dan jage rumah serta anak-anak je... tetapi, wanita mendapat ganjaran pahala... lelaki keluar bekerja mencari rezki, wanita hanya dirumah untuk memasak n melayang suami, mereka juga mendapat ganjaran pahala...

so, kesimpulannya wanita memg bertuah dan beruntung daripada lelaki kan... tetapi, wanita kena ingat, mereka hendaklah menjaga aurat, dan harta serta rumah tangga mereka dengan baik, kne menjaga hati suami dengan sebaiknya... wanita begitu dijaga oleh islam, islam telah membuka jalan untuk wanita beroleh pahala dengan mudah...

islam telah menjaga hak wanita sejak dari dahulu lagi... isteri yang memberi semangat kepada suami, menjadi pendorong suami, memberikan layanan yang baik kepada suami adalah wanita yang diangkat martabatnya jauh lebih tinggi dan mulia... sedarlah wahai wanita, kamu adalah golongan yang mulia, janganlah kamu merendahkan martabatmu sendiri dengan tertipu kepada dunia...jadilah wanita yang baik dan solehah...

wanita yang baik umpama sebutir mutiara yang jauh terbenam didasar lautan dimana sukar untuk untuk para lelaki menyelami hatinya... wanita yang baik juga adalah umpama buah diatas sebatang pohon yang tinggi, dimana sukar untuk lelaki memetiknya... namun, beringatlah wanita, apabila kamu berada diatas pohon yang tinggi, yang sukar untuk dipetik, jangnlah kamu merasa hina kerana tiada siapa yang dapat memetikmu, janganlah kamu merendahkan dirimu supaya mudah dipetik, kerana semakin sukar untuk dipetik, semakin mahal harga dirimu...

renug-renugkan wahai wanita...

Thursday, July 28, 2011

asam garam rumahtangga....

salam... masalah dan manusia memang tak dapat dipisahkan, btol x??? dalam dunia nie, sape je yang xde masalah??? semua orang ade masalahkan... tp kat sini, aku nak story sal masalah dalam rumahtangga je, walaupon aku xberumahtangga lagi...

kadang2 dalam rumahtangga memang selalu masalah melanda, kesilap fahaman, rasa cemburu, rasa rimas dengan sikap pasangan or anything else problem yang melanda r... dalam setiap masalah yang melanda nie, aku ade rasekan ade satu jalan yang paling baik untuk meredakan masalah itu...

perbincangan... bila setipa pasangan ade masalah, hendaklah berbincang sesama sendiri... dalam perbincangan tersebut hendaklah diketepikan segala rasa marah, emosi, benci, geram, menyampah n sebagainya rase yang ade dalam hati itu... supaya dalam perbincangan tersebut kita dapat berbincang dengan fikiran rasional dan tak buat keputusan terburu2...

apabila kita marah, geram, atau ade rase pape pada pasangan, sebaiknya hendaklah diberitahu kepada pasangan tersebut, dan pasangan juga perlu fikiran terbuka untuk mendengar luahan hati pasangannya... apabila sudah berbincang dan berdamai, mulakan hari yang baru dan buangkan episod sedih itu jauh dari pandangan mata hati anda... jangan diulang2 lagi masalah yang telah berlaku itu...

dengan cara demikian, insyaALLAH akan memberikan nafas baru dan keharmonian rumahtangga itu akan datang... disulami pula dengan doa kepada tuhan, insyaALLAH rumah tangga anda akan diberkati dan bahagia... tetapi ingat, mule2 sekali doa dan mintak petunjuk kehendak tuhan dahulu, then baru usaha n berdoa sebagai tawakal kepadaNYa...

selamat mencuba...

Saturday, June 25, 2011

aku...

wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... ia merupakan tulang yang bengkok... dijadikan wanita bukan dari kepala adam, maka wanita bukan untuk dijunjung...

tidak juga dijadikan dari kaki adam, maka wanita bukan untuk dipukul... tetapi wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... dekat dihati untuk wanita disayangi, dan dekat untuk wanita dilindungi...

wanita terhasil dari tulang yang bengkok untuk siluruskan oleh adam... tetapi, bagaimana tulang yang bengkok itu mampu diluruskan oleh adam jika adam sendiri tidak lurus...

aku meminta pada tuhan agar tunjukkan aku jalan yang lurus... aku meminta pada tuhan, sekiranya aku ditakdirkan bercinta dan mendirikan rumah tangga, jadikanlah aku pemimpin yang dapat memimpin keluargaku kejalan yang lurus... kejalan menghadap ilahi tanpa ada hijab dihadapannya...

sungguh aku akui,dalam dunia moden sekarang, sungguh susah untuk meluruskan wanita... maka, semoga aku berada dijalan yang lurus, dan dapat meluruskan orang lain juga... ameen...

bicara hatiku...

saat ini ak xtahu ape yg ingin ak luahkan, satu perasaan yang jauh dilubuk hatiku... ditakdirkan tuhan aku bertemu dengannya... bermulanya kami hanya senagai sahabat... lama2 kelamaan perasaan yang tidak pernah ku bayangkan wujud dalam hati ku... aku menyedari itu adalah bisikan nafsu dari syaitan dan bukan bisikan cinta dari Rabbi...

setelah lama aku melayan perasaan yang tak ku tahu apa penghujungnya, tuhan memberikan aku satu kefahaman bahawa tidak akan ade cinta yang sejati dalam diri manusia yang hadir sebelum hadirnya ciinta tuhan dalam diri... ingin aku menginsafi diri yang terlalu hina kerana mendengar bisikan syaitan...

kini, tinggal aku berseorangan dalam menempuhi kehidupan yang mendatang... andai dapat kuundurkan masa, pasti akan aku kembali mencari cinta hakiki dari Rabbi... berfikir sejenak, teringat kata-kata ''biar kita dibenci manusia, jgn kita dibenci tuhan... carilah cinta tuhan yang hakiki, pasti kamu akan bahagia didalamnya ''...

kini, aku ingin membetulkan diriku yang hina ini... ingin ku kembali padaNya dan memohon cintaNya... apapun yang terjadi, aku akan tetap berusaha untuk mendapat cinta tuhan... cinta yang hakiki, yang tiada ganti...

kepada insan yang aku sayangi, izinkan aku membetulkan diriku terlebih dahulu... berilah aku semangat untuk terus mendapatkan cinta tuhan... izinkan aku membetulkan diriku dahulu kerana aku tahu, tak mungkin tulangku yang bengkok dapat meluruskan tulangmu yang bengkok ...

andai kata, diakhirnya kita tetap ditakdirkan untuk bersama, aku bersyukur pada tuhan... tetapi andai kita tak ditakdirkan bersama, aku redha dan berserah pada tuhan... semoga sama2 kita berusaha untuk mendapatkan cintaNya terlebih dahulu....

Tuesday, April 5, 2011

rindu...

rindu itu adalah, anugerah dari ALLAH, insan yg berhati nurani, punyai rasa rindu... nie adalah bait2 lagu 'rindu' nyanyian kumpulan hijjaz... sedap jugak lagu nie... disaat ak menulis entry nie, aku sedang merindukan seseorang... seseorang yang ak doakan agar menjadi jodoh ak satu hari nanti... seseorang yang aku harapkan dapat menjadi isteri yang taat dan solehah pada aku satu hari nanti... seseorang yang ak doa dan harapkan agar dapat menjadi ibu yang mithali dan baik pada zuriat2 ku nanti...

tapi siapakah yang aku doa dan harapkan begitu??? siapa yang aku rindukan??? rindu yg amat mendalam pada dirinya... jawapannya adalah seorang wanita... hahahaha, aku bukan homosexsual k... wanita adalah makhluk yang mulia disisi agama... hinggakan tuhan sebutkan tentang wanita dalam surah an-nisa'... ini membuktikan bahawa wanita adalah mulia, dan para lelaki harus memuliakan wanita...

tetapi, jgn lelaki mengangkat wanita pula... cukup sekadar memuliakan wanita dgn kejujuran hati, berlemah lembut serta berkasih sayang dgnnya... jgn dipersendakan wanita, jgn dpermainkan hati wanita... ingatlah pepatah 'wanita dijadikan dari tulang rusik lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dipijak, tetapi dari rusuk, dekat dgn hati untuk disayangi'...

untuk mempelajari cara2 melayan wanita dgn baik, ikutilah contoh perilaku nabi dalam melayani isteri baginda... cukup berlemah lembut dan penuh dgn kasih sayang kepada isteri2nya... ape lagi contoh yg patot diteladani selain dari mengikut contoh yg ada pada nabi junjungan kita... lupakah kalian, bahawa nabi merupakan sebaik-baik contoh yg ada... so, ape lagi, ikutlah cara nabi...

akhir kata, kpd yg membaca entry nie, ak mintak korg pon turut mendoakan agar aku dijodohkan dgn org yg maksudkan dalam entry nie k... doakanlah agar wanita yg dimaksudkan menjadi jodoh aku... aku berterima kasih pada yg mendoakan aku... terima kasih atas doa kalian... ameen... barakallahu fiik... selamat malam semua... assalamualaikum...

puzzle it...

huhu, aku nak luah sedikit perasaan hati aku kat sini tentang politik kotor ahli barisan neraka... lepas satu2 fitnah yg diorg tebarkan kepada rakyat tentang DSAI... korg knal sama DSAI??? lau korg xkenal, xpyh dok malaysia r... beliau merupakan seorang ahli politik, ahli ekonomi, mantan TPM, bekas banduan, dan kerjaya terbaru diceburi beliau adalah berlakon dalam video lucah...

btol ke video lucah yg sdg kecoh skrg nie hasil lakonan beliau??? xckup dgn kecoh, bahkan tumbuh bgaikan rumput ditengah padang...ape pndangan korg tentang isu video yg dikaitkan dgn beliau??? aku tnye nie, korg jwb dlm hati je r, ak kat sini nak crite tntg perasaan aku je...

pada aku, ini merupakan konspirasi mainan politik kotor untuk menjatuhkan DSAI daripada tampuk kepimpinan politik beliau yg skrg sudah bnyk pengaruh rakyat... kospirasi ini didalangi oleh ahli2 parti barisan neraka... mane aku xckp ahli barisan neraka, dah name pon BN... btol x ape yg aku mksudkan???

ntah kenapa politik malaysia kini sudah begitu busuk n kotor sekali??? knapa xgunakan politik yg sesuai disisi syarak??? kenapa harus memfitnah org lain??? knapa harus memalukan org lain??? lagi satu hal yg aku xsuke nak dgr tntg suruhanjaya diraja...apa itu suruhanjaya diraja??? dan apakah fungsinya???

suruhanjaya ini ditubuhkan untuk mengenalpasti tentang ketulenan video yg dikaitkan dgan DSAI... relevankah suruhanjaya ini ditubuhkan hnya untuk mengenal pasti ketulenan video sahaja??? mengapa tidak untuk memastikan siapa pelakon sebenar dlm video tersebut???

jika kerajaan sudah pasti DSAI yg menjadi watak utama video tersebut, xpyh la nak sibuk2 tubuh suruhanjaya diraja... tangkap aje, n bicara, kan lagi senang n mudah...kalau nak lagi senang, tayangkan aje video tersebut kepada rakyat, biar rakyat tentukan video 2 tulen or x, n biarkan rakyat tentukan yg berlakon 2 DSAI or x...

tp ak tahu mengapa kerajaan kecohkan hal nie, coz untuk mengaburi mata rakyat, supaya rakyat dapat mengundi org xbertanggungjawab seperti meraka... supaya mereka dapat meraih lebih bnyak wang rakyat kedalam poket mereka... supaya rakyat percaya bahawa mereka dikalangan org baik2, dan perjuangkan kebenaran...

ape yg nak diperjuangkan oleh org barisan neraka nie??? hak rakyat ke??? ketuanan melayu ke??? mungkinkah cara mereka perjuangkan hak rakyat dgn menaikkan kos sara hidup rakyat... mungkin mereka pikir, dgn menaikkan kos sara hidup rakyat, kebajikan rakyat akan terbela... mungkin juga mereka pikir, hnya dgn memberi wang rm50, kain pelekat dan kain sarung ketika pilihanraya semakin hampir, bermakna kebajikan rakyat sudah terbela...

atau mungkin mereka pikir dgn membuat pembangunan yang bermacam, kenajikan rakyat terpelihara... atau mungkin juga mereka pikir, kebajikan rakyat akan terbela dgan kenaikan bermacam cukai... tp salah siapa disini??? salah rakyat atau salah ahli barisan neraka???korg jawab dalam hati k...

mengapa masih ada rakyat yg bute hati, tertipu dgn agenda2 penipu dari kerajaan barisan neraka nie??? tidakkah kamu berfikir tentang keadaan yg berlaku hari ini??? jika kamu berfikir, adakah fikiran kamu umpama dalam kotak yg kecil or berfikir dgn pemikiran yg seluas dunia??? pemikiran yang jauh merentas masa hadapan??? korg jwb sendiri k...

dalam korg nak berfikir tntg nie, korg kne tahu hakikat kehidupan yg sebenar... kehidupan yg sebenar adalah apa yg kita bakal lalui hari esok, bukan hari semalam... so, korg xperlu pikir tntg mase lepas dalam nak berfikir tntg tadi... cukup hnya dgn berfikir untuk kehidupan anda pada hari esok dan seterusnya k...

dalam entry kali nie, bnyak terkandung makna2 yg tersembunyi yang memerlukan korg berfikir... harapan dan doa aku adalah agar korg yg membaca nie, dapat berfikir dgn waras, agar terbuka pintu hati yg tertutup dgn tipu muslihat dari kerajaan barisan neraka... berfikirlah dgn waras, fikir untuk diri dan anak2 anda...

Tuesday, March 8, 2011

pikir sendiri...

salam, da lame x tulis nie coz xbayar bb lagi, hahahaha... ok, pndek crite r kan... hari nie 8/3/2011... nie tarikh semalam coz benda nie berlaku semalam jam 8.30 malam tadi sebelom ak nak sembelih ayam... saat ak tulis nie, ak baru lepas gayot ngn syafiq jamil, coz birthday dia... 2 yg dia kol ak, lau x memg xkan kol pon...

ok, sebelom ak nak sembelih ayam 2, ak dudok r depan rumah ak, borak2 dgn abg ipar ak yg javanese nie... tgah borak2, dtg plak org kmpung ak, tp die ngn ak bukan org lain r, kire ade gak r pertalian saudara, coz die nie berpangkat abg kpd ak... tp bukan abg aku r kan...

die dtg kat kami yg sdg berborak nie, die pon tnye r pasal rumah yang baru ak robohkan depan rumah ak 2... die tnye r, ''nak buat rumah baru ke''??? jwb abg ipar ak plak, ''xde r, nie saje roboh, coz xde duit larrr''... pas abg ipar ak ckp, die trus potong ckp, die kate ''jgn ckp mcm tue, kalau org bljar tauhid dgr, diorg akan marah''... n mcm2 lg r yg die bebelkan pd abg ipar aku 2...

bebel punye bebel, tibe2 plak die masuk bab duit... die ckp la, hidup nie kne carik duit, dah la harga brg naik, nak belanje pon susah... ak pon tnye sal anak laki die yg nak kawen 2, then die ckp, ''tgoklah bile duit cukop, bole lah kawen... sekrg bukan mcm dulu... dlu abg kawen belanja cume RM1300.00 je kot...'' ak pon ckp lah, "skrg bang, 13 ribu pon xcukop lg bang oooiii lau nak kawen...

pndekkan crite lagi, die kate r sal care nak carik duit... die kate r, kne la rajin siket cari duit, kne rajin OT kerja, wat part time la n mcm2 la yg bole tmbh income die ckp kat ak... coz die kate, kite sbgai lelaki nie, bukan xnak simpan, kumpol duit, tp mslahnye xboleh nak kumpol... 2 yg die cdgkan ak mcm2 care nak carik duit lebih agr bole kumpol duit tok kawen...

ok lah, cube pikir balek, memg btol ape yg die cdgkan pd ak 2, tp mase die nga ckp kat ak, ak tnye die, "knape kite xboleh nak kumpolkan duit???"... die xjwb pon... pd ak, cdgn die xsalah, tp alangkah bagusnye if die nampak care yg lebih mudah utk carik duit lebih agar dpt simpan untuk kahwen... bagaimana caranya???

caranya mudah saja, carik masalah asas... mslh asas kos sara hidup adalah coz knaikan harga barg. tol x??? siapa yg naikkan harga barangan??? so, pd ak kite turunkan kerajaan skrg, agr kerajaan baru dpt menstabilkan harga brgn... kan kite dpt jimat dari perbezaan harga barangan skrg... btol x??? mgkin perbezaan yg turun 2 xbnyak sgt, tp kne ingat "sikit2 lama2 jd bukit"... hahaha, nie cume ape yg terlintas di kepala ak ketika abg 2 nga bebel kat ak pasal cara tmbh pendapatan... korg nak kondem idea ak silakan lah ok...

Sunday, February 13, 2011

roadtax...

petang semalam, sebelum berangkat pulang ke kolej, ak tibe2 je menjadi seorang yang panas baran... da memg sifat ak panas baran if barang ak kne usik or kne amek, lebih2 lg bile ak memrlukan barang itu... sebelum berangkat pulang, ak bersalaman mesra dgn family ak r, kebetulan pulak ramai gak family ak yg ade kat rumah masa 2... then ak pon mulekan perjalanan ak menuju ke pusat tradisi ilmu yg tersohor nie... tibe2 je, ak teringatkan yg aku x bwk roadtax motor ak... aku pon trus aje patah balik menuju ke rumah utk mengambil roadtax ak r... tp ntah kat mana ak letak pon, ak da terlupa... maklumlah dlm keadaan rushing...so setelah puas ak mencari, tp benda yg dicari tetap x ku temui... ape lagi, tibe2 je ak rase mcm nak mengamuk, tp ak control r... pastu ak ckp r kat mak aku, "xpe lah mak, sy balek aje lah" then akak ak plak ckp, " ko bwk lah EX5 MBR ko tu je, then ak trus mematikan ayat kakak aku dgn berkata " ala, kne saman pon baru RM300... hahahah, then ak trus bertolak dari melaka menuju ke pusat tradisi ilmu... tp, dlm hati ak, jgn ade polis yg menahan ak dan menanyakan tntg roadtax sudah r... rempit x ak??? dr melaka smpai ke bukit mahkota tanpa roadtax... kpd mat rempit yg bawak motor mcm nak gili, willy sane sini, dgn karo tenggek kat belakang, tp lau hati x kering nak bwk motor tnpe roadtax sejauh ak, xpyh citer la... hahahaah

Saturday, February 12, 2011

SANTAU...

santau??? sape santau sape??? bnyk cerita melayu yang berkaitan perkara khurafat nie skrg kat kaca2 tv... tol x??? al-kisahnye, mguw nie ak balek r melaka jap, tok amek motor ak tok dibawa ke hostel tercinta ak... sampai je kat melaka, ak mcm biasa r pg lepak kdai minum kat tepi pantai puteri... Pak Ayob Corner nama kedai 2... ak memg selalu sgt r kat kdai 2... dari dlu pai skrg... duduk situ berkaraoke n maen dam haji... tp, mase ptg 2, ak sampai je, ak dok r borak2 dgn dj kdai 2... DJ along namanye... DJ nie pon beritahu la kat aku, kdai pak yob corner nie baru lepas kne santau... jiran niage die dengki tgok die berniaga... xcukop dgn buat aduan tntg bisnes karaoke yg pak yob corner jalankan, die santau kan pulak kdai 2 agar xde pelanggan dtg kat kedai 2... WTF??? ape bende la melayu nie, asal ade saingan sikit, mule lah nak maen kotor... korg pk elok ke maen2 kotor nie??? come on la, ubah minda melayu anda 2... sepatotnye, bile ade saingan, kne la adekan saingan yg sehat.. same2 berusaha untuk menaikkan perniagaan sendiri... dgn adenye sikap mcm nie, x mustahil sampai2 bile2 pon, malah mungkin sampai kiamat nanti pon, melayu xkan maju... kepada peniaga melayu di luar sana, tengok dan lihat lah saingan yang dilakukan oleh peniaga cina... dats y la ekonomi banyak dimonopoli golongan cina... bukan aku nie pro cina, tp ingt, ak pon bukan pro melayu... so, pk la ape yang terbaek... tengok dan lihat mcmana cina berniaga n boleh maju... lau agak2 xnak tgok cina berniaga, korg bukan Quran, bukak Hadith nabi, tirulah cara nabi berniaga k... ak harap kejadian santau2 nie xberlaku lagi r dlm kalangan peniaga melayu...

Tuesday, February 8, 2011

al-kisah rumah tangga

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
 Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
 Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
 Dara: Apakah kau mencintaiku?
 Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
 Dara: Apakah kau pernah berlaku curang? 
Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
 Dara: MAhukah kau menciumku?
 Teruna: Ya!
 Dara: Sayangku....!




 Sesudah 5 tahun perkahwinan.... Sila baca dari bawah keatas


hahahaha... mcm nie lah kebanyakan rumah tangga yang berlaku hari ini... pada malam pertama perkahwinan bermacam janji manis di ucapkan, tp lame2 rumah ntah kemana, tangga pon da roboh... sebagai pasangan, wujudkan suasana romantis malam pertama kedalam rumahtangga selalu agar perhubungan rumahtangga anda  agar perhubungan itu berkekalan... si suami perlu menghargai jasa dan pengorbanan isterinya... harap-harap, rumahtangga bakal aku bina nanti tidak menjadi seperti dialog yang ak curik kat atas nie... hahahaha

Sunday, February 6, 2011

alhamdulillah

7-2-2011... pagi nie aku terima panggilan dari mak ak kat kampung bagitau kakak ak dah selamat melahirkan seorang anak perempuan... anak ke4 kakak ak... semuanye perempuan je, huhu... anak yang ke3, kire kakak kepada bayi yang baru lahir nie lahirnye pada 8-2-2009... nasib baik selisih satu hari... jangan sama tarikh sudah r... bukan pe, prang dulu ckp ''lau adik beradik lahir pada tarikh yang sama, salah satu akan pergi mengadap ilahi  terlebih dahulu''... wallahuaa'lam r kan... tp, kakak ak yang ke5 lahir pada 12-6, then kakak aku yg ke6 pon lahir 12-6 gak... then mase umor 17, tuhan telah ambil balik nyawa kakak aku yang ke6 pada 8 januari 2000 bersamaan dgn 1syawal tahun brapa hijrah ak xingt r... huhu... alhamdulillah atas kurniaan tuhan pada kakak aku yang selamat melahirkan anak ke4 nye... innalillha wa inna ilaih raa'jiun atas kepergiaan arwah kakak ak... setiap yang hidup pasti akan merasai mati... itu memg hakikit dunia nie... jadi kepada yang masih hidup, teruskan hidup anda, tp jgn lupa utk siapkan bekalan utk mengadap ilahi nanti ye...

Saturday, February 5, 2011

pasar malam

ape yang bestnye pasar malam nie??? tmpt org berniaga, orang meninjau2 lauk pauk yang berbagai variasi, tetapi ia juga merupakan tempat berkumpula manusai untuk bertemu pasangan kekasih, juga merupakan tempat syaitan bertendang sesama manusia... ak paling x suke pergi ke pasar malam sedari dulu lagi... xtahu r pasal ap, tp yang ak peliknye, knpa ramai manusia suke ke pasar malam... sampaikan ade sesetengah manusia yang menjadikan rutin mingguan mereka untuk ke pasar malam... ade jugak pasangan berumah tangga yang menjadikan lauk pasar malam sebagai sajian keluarga... tp yang penting, aku xsuke ke pasar malam, dan aku akan elakkan untuk bakal isteri ak n keturunana ak dari pergi ke situ...

Friday, February 4, 2011

description about my friend

gud morning amer... amer??? ha, amer nie la kwan ak yang ckp nak crite sal die... name die nie, AMIR bin munshi... berasal dari puchong-banting... mendapat pendidikan awal di SAMTAJ kot... ak pon x tau sangat r... ok, die nie genius orangnye... power dalam sejarah... jgn kata sejarah moden je, sejarah mesolitik pon die tau gak r... die sekelas dgn ak sejak ak stdy kat SIIUC nie r... sejak sem 1 lagi... tp korg nak tau x. mase sem 1, ak nyampah giler ngn mamat nie taw... ntah r, ak xtau sal pe ak nyampah dgn die mase sem 1 dulu... mgkin jugak ak nyampah dgn die dulu coz blopm knal sape die kot... ye r, org dulu2 pon ade berkata " xkenal maka xcinta"... tp xde r ak da knal die, ak nak bercinta dgn die plak kan... im not homosexsual k... ok, sjak sem 2 ak mula knal2 n berkawan ngan die, jadi rapat dgn die... baru r ak dpt tau die nie jenis mcmane orgnye... die nie kire diantara kwan baik ak r wlaupon ak baru je setahun berkawan ngn die kot... die nie matang walaupon masih muda, dats y ak senang berkawan dgn die... die nie pemalu orgnye... sempoi, rileks je, otak pick up RxZ... ak xtahu, ka dgn die ak xbole nak marah die even kdg2 ak geram dgn tindak tanduk die... iiiiisssssssssh, rase cam nak lempang je die pon ade, tp x bole r... x tahu r asal... emmm, ak da xtahu r nak story sal pe lg tntg die, tp kpd amer, ko da tergolong as one of my best friend k... hope our friendship will be forever ila yaumil qiyamah... ameen...

Thursday, February 3, 2011

about me...

nama diberi ARAB... lahir pada jam 6.25am waktu malaysia pada 1989-12-06... dilahirkan di HUKL... membesar di MELAKA bandaraya maju 2010... last dari sembilan sibling... mendapat pendidikan awal di Sek Keb Kg Gelam, pastu di Maahad (JAIM) Al-Ahmadi... kemudian sambung tingkatan enam di SMKASM... kemudian di SIIUC... mempunyai ramai kawan terutamanya yang bergelar pakcik2... hobi ak sepanjang dimelaka adalah berkaraoke, maen dam haji dgn pakcik2 yang berkawan dgn aku... hobi aku di apartment mewah separa mewah nie plak adalah on9 fb, maen  poker n MC... (sory la mer, gua da jutawan)... selain itu sering menghabiskan masa dengan tidur yang tak terhingga... korang nak panggil ak ape ea??? ak bnyk nick name r, sejak sek rendah g, kwan2 pgil ak CIKAU yang bermaksud rashid bakar... masuk form 1 plak, name 2 kekal sehingga ke pengetahuan semua senior, junior dan cikgu2 yang mengajar ak... sehinggakan nama sebenar ak, org xtahu pon... yang org tahu, CIKAU jer... then since form 4, dapat nama timangan baru, iaitu CIkO/CIcO... ak pon xtahu sbab pe kwan2 pgil ak name 2... n smpai skrg, kwan2 aku masih pgil ak ciKo...
pngjlah plak... :( ak suka makan smbal goreng, tlor dadar, ikan masin, cencaluk... asam pedas, masak lemak... tp yang pekat n kaw r ak suke... lau mcm kat mane2 cafe sekitar kampus nie, stakat lepaskan lapar perut boleh r, inikan pula kate sedap n puas hati, jauh sekali r... ak ade sorg kawan baek since umor 6taun lagi... IZWAN namanye... tp kat kampus SIIUC nie, ak ade sorg teman baik, yang aku gembira berkawan dgnnye... die nie genius, sbb die kuat tidur, pemikir moden kot, hahaahaha... tp laen kali r ak desribe sal die k... da penat r menaip... :)

sendiri

hahahaha, penulisan yang ke-3 ak... mlm nie aku sorang2 je dok kat apartment separa mewah milik RRSB nie... si amirul ngn fathir bilik sebelah ie ak xtahu r diorg ade ke x... yg pnting kat bilik ak, ak sorg2 je... takot pon ade gak... ye r, mane xtakot der, dulu kwana aku amir munshi dok tido sini semalam je, da kne himpet dek hantu mane ntah... dah tu, si tameng pon kne kacau jgak time die dok sorg2 pd hujung minggu... xtahu la nasib ak gi mana pulak kan... tp, akn ak kekalkan hati ak... hati aku rase mcm nak bukak buku n stdy pentadbiran je, tp ntah knpa rase berat je plak... hehehehe, k la, ak nak sambung poker jap  ea... salam...

Wednesday, February 2, 2011

tengahari yang dingin

hahahaha, aku x tidow pon dari semalam... tenghari ni dtg plak amer munshi sedar ben ali kat bilik ak... tujuan utama nak memulangkan thumc drive ak... ari nie, khamis 3 februari 2011... lagi 5 hari final exam bermula dgn killer subjek sbgai pembuka kata... hasrat kat hati nak stdy, tp xtau la lagi... hahahaha, semoga kemalasan aku dapat berkurangan di hari ak kesorangan ini...

salam perkenalan...

salam... hari nie baru tercapai cita2 aku nak tulis blog... sebenarnye. nak tulis blog nie bukan sebab pe, cume tok luahkan tentang perasaan aku je... ye r, aku nie x pndai r nak crita kat org tntg perasaan ak or pape je r yg ak rase, so pada aku, menulis blog adalah cara yg paling sesuai... setuju x??? hehehehe, tgok r, dlm blog ak nie, mgkin ak akan crita sal diri aku, perasaan aku,n sume yang ak nak cerita r... tp, crite sal rumah tangga aku xdpt r nak kongsi... kan crite rumah tnge nie xbole nak diwar-warkan pada umum,hahaha... k la, see u then k... :)