Thursday, August 25, 2011

rabiatul adawiyah

salam... siapa rabiatul adawiyah??? beliau seorang wanita sufi yang menjaga hati dan cintanya hanya kepada ALLAH... aku memuji kefanakan cintanya kepada ALLAH... zaman sekarang, berapa ramai wanita sufi yg sepertinye???

aku mengimpikan seorang isteri yg sepertinya untuk menemani kehidupan ak, tidak bermakna aku seorang yang baik... aku banyak kelemahan dan dosa, ak hanya manusia biasa yg xlepas dari dosa dan noda... teta[i aku amat mengagumi wanita2 sufi pada hari ini...

yg dimaksudkan aku adalah wanita2 yang menjaga auratnya, menjaga batasan agamanya, menjaga cintanya kepada tuhan... entah kenapa ak senang melihat wanita yang sebegini... ingin aku berkenalan dengannya, tetapi aku malu dan takut... aku takut untuk menggangu wanita solehah sepertinya...

benarlah kata2 "menutup aurat dengan sempurna dapat menjauhkan kita dari godaan syaitan"... dengan pakaian mereka yg menutup aurat dgn sempurna, menjadikan aku khuatir untuk mendekati dan menyapa mereka... tapi, tiada penyesalan pon dalam hatiku ini...

biarkanlah mereka terus hidup dalam keadaan begitu, supaya mereka dapat menjadi rahim yang baik untuk melahirkan ramai pejuang islam dimasa akan datang... ap yg ak mampu adalah mendoakan mereka terus menjaga cinta kepada tuhan, dan semoga mereka menjadi srikandi2 sufi disyurga nanti...

ameen...

Saturday, August 13, 2011

kewajipan berdakwah

kewajipan berdakwah adalah kewajipan untuk semua orang, tanpa mengira umur, jantina, dan siapa dia... tuhan menciptakan manusia untuk beribadat ban menjadi khalifahdi bumi... dalam menjadi khalifah dibumi, kita kena tahu khalifah yg mcmane... khalifah yag dimaksudkan adalah dengan amar makfur nahi mungkar, suruh manusia buat kebaikan, dan cegah kemungkaran...

apabila manusia melakukan suruhan ini, maka percayalah bahawa dunia akan aman dan damai... tiada lagi pergolakan, permusuhan,masalah sosial, politik dan sebagainya... apabila manusia mencegah kemungkaran, maka tidak akan berlaku masalah sosial seperti hari ini... gejala zina, buang bayi, dan sebagainya... bukankah mencegah lebih baik dari mengubati...

ramai orang tahu pepatah 2 kan, tap xramai yg berfikir tentangnya... ALLAH dah menyebut lame tentang mencegah lebih baik dari mengubati, cume kita xtahu kerana kita tidak suka berfikir...suka aku nyatakan, bahawa kita semua adalah pendakwah dan harus menyebarkan dakwah walau ape sekalipun... pesan nabi "sampaikah daripadaku walaupun satu ayat"...

betapa lemahnya iman kita, satu ayat pun kita xmampu, kerana apa??? kerana kita merasakan bahawa kita tak kan dapat pape lau berdakwah or jadi pendakwah... tetapi kita silap... manusia harini suka join MLM, katenya senang dapat duit... tapi tahukah anda, dakwah juga merupakan MLM... malah dakwah adalah MLM yg paling lama kita akan dapat income darinya...

seorang ejen insuran akan dapat bayaran selama 6tahun atas satu kepala dia dapat joinkan, tapi dengan berdakwah, anda akan dapat ganjaran sampai hari anda dibangkitkan semula untuk berhimpun dimahsyar... bayangkan berapa lamenya ganjaran yang anda akan dapat dari berdakwah... maka marilah kita berdakwah...

nak berdakwah bukan susah pon kan, nak suruh org buat baik, xsusah pon...cume nak or xnak je... cube renungkan k... "adakah seorang doktor, bila balik rumah dia basuh kereta, dia dianggap sebagai pencuci kerete???" atau "seorang cikgu apabila balik rumah dia masak, dia akan dianggap sebagai chef???"... dia seorang doktor, apepn die buat, die tetap dipanggil doktor, die seorang cikgu, apepon die buat, die tetap seorang cikgu... 

beginilah sepatutnya kita lakukan... sebenarnya kita semua adalah dijadikan untuk beribadat dan menjadi pendakwah... jadikanlah dakwah sebagai kerja utama dalam kehidupan anda, dan anggap kerja dunia anda sebagai aktiviti mencuci kereta dan memasak tadi... kena ingat, kenapa kita dijadikan... kita semua dijadikan untuk berdakwah agar dapat menjadi khalifah yang dapat mentadbir dunia ini tanpa sebarang dosa dan noda... renung-renugkan...


Friday, July 29, 2011

wanita...

entah kenapa ak memg suka berbicara tentang wanita... mungkin sebab aku nie lelaki, so dats y ak berbicara tentang wanita... aku merasakan wanita adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia nie taw... orang yang hebat dalam dunie juga adalah wanita...

ramai pemimpin2 dunia yang hebat2, semuanya dilahirkan oleh wanita... so, secara automatiknya wanita lebih hebat kan... wanita juga memg paling beruntung dalam dunia... wanita hanya perlu duduk dirumah, tetapi mendapat ganjaran dengan mudah...

lelaki keluar pergi jihad dimedan perang, wanita hanya perlu menyokong n memberi sokongan dan jage rumah serta anak-anak je... tetapi, wanita mendapat ganjaran pahala... lelaki keluar bekerja mencari rezki, wanita hanya dirumah untuk memasak n melayang suami, mereka juga mendapat ganjaran pahala...

so, kesimpulannya wanita memg bertuah dan beruntung daripada lelaki kan... tetapi, wanita kena ingat, mereka hendaklah menjaga aurat, dan harta serta rumah tangga mereka dengan baik, kne menjaga hati suami dengan sebaiknya... wanita begitu dijaga oleh islam, islam telah membuka jalan untuk wanita beroleh pahala dengan mudah...

islam telah menjaga hak wanita sejak dari dahulu lagi... isteri yang memberi semangat kepada suami, menjadi pendorong suami, memberikan layanan yang baik kepada suami adalah wanita yang diangkat martabatnya jauh lebih tinggi dan mulia... sedarlah wahai wanita, kamu adalah golongan yang mulia, janganlah kamu merendahkan martabatmu sendiri dengan tertipu kepada dunia...jadilah wanita yang baik dan solehah...

wanita yang baik umpama sebutir mutiara yang jauh terbenam didasar lautan dimana sukar untuk untuk para lelaki menyelami hatinya... wanita yang baik juga adalah umpama buah diatas sebatang pohon yang tinggi, dimana sukar untuk lelaki memetiknya... namun, beringatlah wanita, apabila kamu berada diatas pohon yang tinggi, yang sukar untuk dipetik, jangnlah kamu merasa hina kerana tiada siapa yang dapat memetikmu, janganlah kamu merendahkan dirimu supaya mudah dipetik, kerana semakin sukar untuk dipetik, semakin mahal harga dirimu...

renug-renugkan wahai wanita...

Thursday, July 28, 2011

asam garam rumahtangga....

salam... masalah dan manusia memang tak dapat dipisahkan, btol x??? dalam dunia nie, sape je yang xde masalah??? semua orang ade masalahkan... tp kat sini, aku nak story sal masalah dalam rumahtangga je, walaupon aku xberumahtangga lagi...

kadang2 dalam rumahtangga memang selalu masalah melanda, kesilap fahaman, rasa cemburu, rasa rimas dengan sikap pasangan or anything else problem yang melanda r... dalam setiap masalah yang melanda nie, aku ade rasekan ade satu jalan yang paling baik untuk meredakan masalah itu...

perbincangan... bila setipa pasangan ade masalah, hendaklah berbincang sesama sendiri... dalam perbincangan tersebut hendaklah diketepikan segala rasa marah, emosi, benci, geram, menyampah n sebagainya rase yang ade dalam hati itu... supaya dalam perbincangan tersebut kita dapat berbincang dengan fikiran rasional dan tak buat keputusan terburu2...

apabila kita marah, geram, atau ade rase pape pada pasangan, sebaiknya hendaklah diberitahu kepada pasangan tersebut, dan pasangan juga perlu fikiran terbuka untuk mendengar luahan hati pasangannya... apabila sudah berbincang dan berdamai, mulakan hari yang baru dan buangkan episod sedih itu jauh dari pandangan mata hati anda... jangan diulang2 lagi masalah yang telah berlaku itu...

dengan cara demikian, insyaALLAH akan memberikan nafas baru dan keharmonian rumahtangga itu akan datang... disulami pula dengan doa kepada tuhan, insyaALLAH rumah tangga anda akan diberkati dan bahagia... tetapi ingat, mule2 sekali doa dan mintak petunjuk kehendak tuhan dahulu, then baru usaha n berdoa sebagai tawakal kepadaNYa...

selamat mencuba...

Saturday, June 25, 2011

aku...

wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... ia merupakan tulang yang bengkok... dijadikan wanita bukan dari kepala adam, maka wanita bukan untuk dijunjung...

tidak juga dijadikan dari kaki adam, maka wanita bukan untuk dipukul... tetapi wanita dijadikan dari tulang rusuk adam... dekat dihati untuk wanita disayangi, dan dekat untuk wanita dilindungi...

wanita terhasil dari tulang yang bengkok untuk siluruskan oleh adam... tetapi, bagaimana tulang yang bengkok itu mampu diluruskan oleh adam jika adam sendiri tidak lurus...

aku meminta pada tuhan agar tunjukkan aku jalan yang lurus... aku meminta pada tuhan, sekiranya aku ditakdirkan bercinta dan mendirikan rumah tangga, jadikanlah aku pemimpin yang dapat memimpin keluargaku kejalan yang lurus... kejalan menghadap ilahi tanpa ada hijab dihadapannya...

sungguh aku akui,dalam dunia moden sekarang, sungguh susah untuk meluruskan wanita... maka, semoga aku berada dijalan yang lurus, dan dapat meluruskan orang lain juga... ameen...

bicara hatiku...

saat ini ak xtahu ape yg ingin ak luahkan, satu perasaan yang jauh dilubuk hatiku... ditakdirkan tuhan aku bertemu dengannya... bermulanya kami hanya senagai sahabat... lama2 kelamaan perasaan yang tidak pernah ku bayangkan wujud dalam hati ku... aku menyedari itu adalah bisikan nafsu dari syaitan dan bukan bisikan cinta dari Rabbi...

setelah lama aku melayan perasaan yang tak ku tahu apa penghujungnya, tuhan memberikan aku satu kefahaman bahawa tidak akan ade cinta yang sejati dalam diri manusia yang hadir sebelum hadirnya ciinta tuhan dalam diri... ingin aku menginsafi diri yang terlalu hina kerana mendengar bisikan syaitan...

kini, tinggal aku berseorangan dalam menempuhi kehidupan yang mendatang... andai dapat kuundurkan masa, pasti akan aku kembali mencari cinta hakiki dari Rabbi... berfikir sejenak, teringat kata-kata ''biar kita dibenci manusia, jgn kita dibenci tuhan... carilah cinta tuhan yang hakiki, pasti kamu akan bahagia didalamnya ''...

kini, aku ingin membetulkan diriku yang hina ini... ingin ku kembali padaNya dan memohon cintaNya... apapun yang terjadi, aku akan tetap berusaha untuk mendapat cinta tuhan... cinta yang hakiki, yang tiada ganti...

kepada insan yang aku sayangi, izinkan aku membetulkan diriku terlebih dahulu... berilah aku semangat untuk terus mendapatkan cinta tuhan... izinkan aku membetulkan diriku dahulu kerana aku tahu, tak mungkin tulangku yang bengkok dapat meluruskan tulangmu yang bengkok ...

andai kata, diakhirnya kita tetap ditakdirkan untuk bersama, aku bersyukur pada tuhan... tetapi andai kita tak ditakdirkan bersama, aku redha dan berserah pada tuhan... semoga sama2 kita berusaha untuk mendapatkan cintaNya terlebih dahulu....

Tuesday, April 5, 2011

rindu...

rindu itu adalah, anugerah dari ALLAH, insan yg berhati nurani, punyai rasa rindu... nie adalah bait2 lagu 'rindu' nyanyian kumpulan hijjaz... sedap jugak lagu nie... disaat ak menulis entry nie, aku sedang merindukan seseorang... seseorang yang ak doakan agar menjadi jodoh ak satu hari nanti... seseorang yang aku harapkan dapat menjadi isteri yang taat dan solehah pada aku satu hari nanti... seseorang yang ak doa dan harapkan agar dapat menjadi ibu yang mithali dan baik pada zuriat2 ku nanti...

tapi siapakah yang aku doa dan harapkan begitu??? siapa yang aku rindukan??? rindu yg amat mendalam pada dirinya... jawapannya adalah seorang wanita... hahahaha, aku bukan homosexsual k... wanita adalah makhluk yang mulia disisi agama... hinggakan tuhan sebutkan tentang wanita dalam surah an-nisa'... ini membuktikan bahawa wanita adalah mulia, dan para lelaki harus memuliakan wanita...

tetapi, jgn lelaki mengangkat wanita pula... cukup sekadar memuliakan wanita dgn kejujuran hati, berlemah lembut serta berkasih sayang dgnnya... jgn dipersendakan wanita, jgn dpermainkan hati wanita... ingatlah pepatah 'wanita dijadikan dari tulang rusik lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dipijak, tetapi dari rusuk, dekat dgn hati untuk disayangi'...

untuk mempelajari cara2 melayan wanita dgn baik, ikutilah contoh perilaku nabi dalam melayani isteri baginda... cukup berlemah lembut dan penuh dgn kasih sayang kepada isteri2nya... ape lagi contoh yg patot diteladani selain dari mengikut contoh yg ada pada nabi junjungan kita... lupakah kalian, bahawa nabi merupakan sebaik-baik contoh yg ada... so, ape lagi, ikutlah cara nabi...

akhir kata, kpd yg membaca entry nie, ak mintak korg pon turut mendoakan agar aku dijodohkan dgn org yg maksudkan dalam entry nie k... doakanlah agar wanita yg dimaksudkan menjadi jodoh aku... aku berterima kasih pada yg mendoakan aku... terima kasih atas doa kalian... ameen... barakallahu fiik... selamat malam semua... assalamualaikum...